Wednesday, December 25, 2013

B complex dan Ostematrix atasi masalah migrain



Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala ni ade 3 kategori:


1. Sakit kepala kerana tekanan

Sakit kepala kerana tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.


2. Sakit kepala kerana sinus

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.


3. Sakit kepala kerana migrain

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Migrain berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.


Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migraine :

  • Mengawal pemakanan harian
  • Mengurangkan stress dengan bersenam
  • Mengamalkan cara hidup teratur
  • Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
  • Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine. 

Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migraine untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.


Supplement/vitamin untuk migrain:



Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex


Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan pertimbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.





Hubungi saya untuk harga istimewa dan konsultasi percuma:




Aieshah [Shaklee ID: 1078725]
Whatsapp/sms/call : 019-5257945
email: aieshahka@gmail.com
FB Page: KJ Health and Beauty

Friday, December 20, 2013

Kelebihan dan Cara mendaftar Keahlian Shaklee dengan KJ Health & Beauty

Cara-cara mendaftar sebagai ahli / pengedar Shaklee:

  1. Berbayar iaitu RM65 untuk registration fee
    • Akan diberikan member kit
    • Boleh kumpul bonus point bagi setiap pembelian untuk dptkan cash bonus setiap bulan
  2. Free registration, dengan cara membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM660 dgn harga ahli). 
    • Akan diberikan member kit
    • Boleh kumpul bonus point bagi setiap pembelian untuk dptkan cash bonus setiap bulan

Anda cuma perlu:

  1. Hubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau 
  2. Boleh daftar sendiri di branch Shaklee berdekatan dan mendaftar menggunakan ID saya (1078725) sebagai sponsor

Yuran keahlian Shaklee

Registration fee adalah RM65 (jika mendaftar sendiri di cawangan dan pick-up sendiri Member Kit). Tambahan postage RM10 semenanjung/ RM20 Sabah Sarawak diperlukan jika pendaftaran dilakukan melalui saya kerana Shaklee akan poskan Member Kit kepada anda.

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points. Melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu untuk dapat cash bonus. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tak perlu maintain point atau buat pembelian kerana keahlian Shaklee adalah seumur hidup.


Apa kelebihan jadi ahli Shaklee

  • Boleh membeli produk dengan harga ahli (diskaun 30-35 % dari harga runcit)
  • Boleh mengumpulkan points anda sendiri untuk melayakkan anda mendapat komsiyen serta bonus dalam bentuk Tunai dan tidak perlukan downline. Duit akan masuk dalam akaun setiap 14hb.
  • Jika berminat untuk menjalankan bisnes Shaklee, ada kelas tertutup dan Support Group untuk membantu anda sampai berjaya
  • Shaklee menawarkan tiga C
    • CASH (komisyen & bonus)
    • CAR (insentif kereta)
    • CONVENTION (percutian tempatan dan antarabangsa dengan layanan 5 star serta UMRAH bagi Muslim)


Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya:


Aieshah [Shaklee ID: 1078725]
Whatsapp/sms/call : 019-5257945
email: aieshahka@gmail.com
FB Page: KJ Health and Beauty

Thursday, December 19, 2013

Set resdung Shaklee

Apa itu Resdung ?



Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Tanda-Tanda Resdung

  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung, muka dan sebagainya

Punca Resdung

  1. Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  2. Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  3. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  4. Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Petua Mencegah Resdung

  • Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab. 
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. 
  • Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi. 
  • Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. 
  • Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas. 
  • Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda. 
  • Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, belacan), janganlah makan makanan tu.

Set vitamin Shaklee untuk pesakit resdung :

Vitamin C
  • Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
  • Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
  • Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
  • Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
  • Meningkatkan pertumbuhan tisu.
Alfalfa 
  • Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
  • Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.

B Complex
  • B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
  • Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
  • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
  • Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress


Alhamdulillah suami saya telah pun mencuba set resdung shaklee. Baru dua hari cuba sudah nampak kesannya. Kini resdung, gatal hidung, selesema, bersin dipagi hari semakin berkurangan. Anda juga patut mencuba set ini, InsyaAllah ia tidak mengecewakan.


Hubungi saya untuk harga istimewa dan konsultasi percuma:


Aieshah [Shaklee ID: 1078725]
Whatsapp/sms/call : 019-5257945
email: aieshahka@gmail.com
FB Page: KJ Health and Beauty

Friday, December 13, 2013

25 Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Semua Orang




Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.
Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandungan DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shakle:

  1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
  3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini
  7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

25 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat
  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
  5. Mengekalkan tekanan normal darah
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Mengurangkan sakit kepala
  8. Merendahkan kolestrol
  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  11. Mengawal masalah obesiti
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  16. Membantu menyihatkan paru-paru
  17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
  23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
  24. Mencegah penyakit gout
  25. Mengatasi masalah insomnia

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?


  • Warga Emas
  • Pesakit Jantung
  • Wanita
  • Wanita hamil
  • Wanita yang telah melahirkan anak
  • Pesakit darah tinggi
  • Orang yang selalu lupa
  • Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  • Pelajar
  • Ibu menyusu
  • Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus




Nota kaki:
Bulan ni Shaklee ade tawaran yg super best untuk pengguna tegar Omega guard Shaklee!! Omega guard Shaklee, buy 6 free 1. Untuk sesiapa yg memang dah lama consume Omega guard ni, sy cadangkan untuk rebut peluang ini, beli time murah, bole buat stock atau bole kongsi beli dengan kawan-kawan. Untuk yang baru nak cuba Omega guard ni, bole pm sy untuk special price. Dapatkan juga konsultasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya!!

Hubungi saya, Aieshah
019-5257945
aieshahka@gmail.com
KJ Health & Beauty (FB)

Monday, December 2, 2013

Khasiat ESP Shaklee

Assalamualaikum,

Sebagai merasmikan blog KJ Health & Beauty, harini sy nak kongsi sedikit tentang supplement yang paling best dari Shaklee iaitu Energizing Soy Protein (ESP). kalau nak tahu, ESP ni jugak adalah hot item dari Shaklee sebab memang banyak sgt khasiat dari ESP ni dan sy sendiri sudah pon mencuba produk ni n dah pon nampak hasilnya, memang sgt berkesan. Selama ni hanye tgk kwn2 je yg minum, bile dah cube sendiri, kepercayaan sy terhadap produk2 Shaklee semakin bertambah, ESP sangat memberi tenaga untuk mereka yg sering berasa letih dan lesu.

Jom berkenalan dgn ESP!


Apa itu ESP?
ESP adalah minuman soya yang membekalkan protein. Protein adalah makanan yang penting untuk tubuh kita.Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.

Apa yang menarik pada ESP?
  • ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.




    • ESP ni adalah sumber protein lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita. 
    • ESP mengandungi kacang soya non-GMO(non-Genetically Modified Organism) yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak. 
    • ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya. 
    • ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah. 
    • ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru, 
    • ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna. 
    Kesimpulannye, badan kita sangat memerlukan PROTEIN. Sebabnya MAKANAN UTAMA bagi SEL ialah PROTEIN. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat!


    Khasiat ESP adalah:

    1. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
    2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
    3. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
    4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
    5. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
    6. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.
    7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


    Siapa yang memerlukan ESP?





    Sempena perasmian blog ini, sy ingin menawarkan promosi hebat untuk hot item ini [ESP] bagi sepanjang bulan December ini, untuk maklumat lanjut bole hubungi saya seperti yang tertera