Wednesday, December 25, 2013

B complex dan Ostematrix atasi masalah migrain



Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala ni ade 3 kategori:


1. Sakit kepala kerana tekanan

Sakit kepala kerana tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.


2. Sakit kepala kerana sinus

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.


3. Sakit kepala kerana migrain

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Migrain berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.


Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migraine :

  • Mengawal pemakanan harian
  • Mengurangkan stress dengan bersenam
  • Mengamalkan cara hidup teratur
  • Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
  • Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine. 

Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migraine untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.


Supplement/vitamin untuk migrain:



Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex


Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan pertimbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.





Hubungi saya untuk harga istimewa dan konsultasi percuma:




Aieshah [Shaklee ID: 1078725]
Whatsapp/sms/call : 019-5257945
email: aieshahka@gmail.com
FB Page: KJ Health and Beauty

No comments:

Post a Comment